KEHIDUPAN

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Saturday, December 31, 2011

aPaM poLkaDoT



Sebenarnya aku bt dr last week g apam nie masa aku balik kedah.. yea la nk bt kt rmh sndri xcukup bahan so bila balik rmh mak aku jer lh aku blh bt.. Sbnrnya dh lama teringin nk bt tp ntah la ada saja halangan, halangan utama sudah semestinya malas... bila dh malas semua benda x akn berhasil.. aku cuma bt 1 adunan ja tp dpt agak byk gak la dlm 80 lbh..

nie hasil yg aku bt... nie gmbr ori tau xcilok kt mn2 pon...

nie bahan2 yg aku guna.. aku pon dh lupa ambik kt blog sapa tah tp yg penting resepi dia sama ja... aku guna 3 warna ja, merah, kuning n hijau epal..

Bahan-bahan
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus
* 150 ml susu segar / susu cair / susu full cream / santan (aku guna susu full cream)
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovalette
* Filling secukupnya (aku letak inti coklet cip)
* Pewarna ikut suka

Peralatan
Mixer
piping bag
mangkuk kertas
acuan utk boh mangkuk kertas( klu xletak dlm acuan nnt takot bila dh kukus mangkuk kertas akn mengembang n apam jd leper lak)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 8 - 10 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan.
5. Letak coklet cip secukupnya. Aku letak 3 bijik (klu yg nk letak lain2 inti boh secukupnya gak lh..
6. Kemudian picitkan lagi adunan yang sama warna atau berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. (jgn penuhkn mangkuk kertas sbb bila nk kukus nnt apam akn mengembang)
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer... klu bukak api kuat nnt apam akn merekah so jd xcantik n pastikn air wap xjatuh atas apam.. klu x nnt jd xcantik

senang ja nk bt, nk mula 2 yg malas bila dh mula bt mcm best lak.. sat ja abis. aku bt mlm esok 2 tinggai berapa bijik ja lg.. bila dh tgk hasil mcm mn 2 tiba2 lak teringin nk bt jual.. tp smpt ke?


keNanGan


Assalamulaikum.. Slmt ptg...
sedar xsedar dh nk masuk thn baru , thn 2012. Byk kenangan yg xkn aku lupakn pd thn 2011 nie.. slh 1 perkara yg xkn aku lupakn seumur hidup aku iya e2 aku sah bergelar is3 kpd en.suami, org yg aku sygi selain family aku.. aku mmg xsangka akan menamatkn zaman bujang aku pd thn 2011.. wlupun byk dugaan yg tlh aku hadapi ternyata jodoh aku dgn dia kuat sehingga skrg kami tlh bersatu..





Nie antara gmbr kawin kami.. saja aku xboh gmbr kami sbln nie... hr nie tiba2 lak terasa nk kongsi dgn org yg baca blog nie.. ada ka yg baca? huhuhu..

Wednesday, December 21, 2011

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis

Assalamualaikum, haii semua hape sht2 lh.. entry kali nie saja nj syer dgn org yg baca blog aku nie.. 2 pon klu ada org baca lh kn.. Cter nie aku copy dr sumber yg sedia ada..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Thursday, December 8, 2011

FLOW BLOGGER

Flow blog yg digunakan

Sunday, December 4, 2011

TeRinGat laK ZaMan2 SklH duLu2

Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90-an, mesti ingat masa sekolah rendah dulu :

1. Kat sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari nih bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tahu. Salesman susu pun macam tuh jugak.

2. Kat library, budak2 memang baca buku tapi just tengok gamba jer. Bila ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.

3. RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pun join RMT?

4. Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, siap ada sharpener kat tengah2.

5. Pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air & ada benda berkilat dalam air.

6. Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah2 tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun kat situ.

7. Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

8. Time pendidikan seni, lukis semua boleh tapi bila time kaler semua hampeh. Ada gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, dll...

9. Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter - game tape.

10. Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab bole tukar2 kaler ikut suhu and cuaca.

11. Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...

12. Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat dia tak makan pun.

13. Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat tv boleh tembak alien tuh.

14. Siri kartun; DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lagi.

13. Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal fungsi sebenar, untuk memadam!

~~Teka-Teki teka tekok~~

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG
IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

*Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
Bus skolah lah... The OnLY bus yng pergi skolah

*Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
Jawapan : Milo AIS

*Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Jawapan : Sbb kalau angkat dua kaki jatuh lah.. hahahahha

*Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Jawapan: Semut bermate BENGKAK hahahahha

*Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Jawapan : Motosikal sbb dia pakai tongkat

*Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Jawapan : Kambing binATANG


Just For Fun.. Jgn ambik hati n marah naa...

Saturday, December 3, 2011

Homemade Ais Krim

Assalamulaikum... Halooo!!!
Apa kabar Semua? Lama dh x update entry kt blog nie...
bknnya xde bhn nk cter tp malas nk taip..
tmbh2 skrg dh bekerja... keja xde la byk sgt pon tp bt2 sibuk je... huhuhuhu...

Nie entry utk pertama kalinya stelah sah bergelar sbgi is3 kpd en.suami yg tersyg...
smlm tertiba lak rajin nk bt ais krim...
bkn xpernah bt ais krim sblm nie dh pernah bt tp mcm malas ja nk letakkan dln blog nie...
so sementara ada sifat rajin nk bt ais krim n nk update nie baik aku bt cpt... jap g dh maleh mmg xda sapa2 yg dpt tlg.. huhuhuhu..
byk lak ckpkn resepi n cara xbg lg... apa la...
tanpa membuang masa lg... nie la resepi n bhn2 utk bt homemade ais krim..


Bahan-bahan

Susu segar
coffee-mate
gula

Cara2

2 cawan susu segar dicampur bersama 2 cawan coffee mate pas 2 boh gula 1 sudu...
kemudian blander bahan2 yg dicampur smpi berbuih..
lepas dh siap blender masukkan lah dlm bekas than simpan dlm peti ais kt tmpt beku,
lepas dua jam or hampir beku keluarkan n blender sekali lg.. tujuan blender sekali lg utk bg rasa sebati n bg ais krim gebu mcm kita beli ais krim dlm tapaware kt supermarket..
**1 lg klu nk bt sukatan lbh dr 2 susu dgn coffeemate kena la sama byk klu x nnt ais krim xgebu n sedap...
** klu beli susu segar biasa n nk bt perisa coklet kena tmbh milo, klu nk bt perisa strawbery or lain2 kena la tmbh perisa.. nk tmbh oreo pon buleh...


kt bwh nie gmbq yg aku snap smlm..


Nie bahan2 utk bt ais kirm
(zlah guna susu coklet sbb nk bt ais krim coklet 1 lg sbb stok milo kt rmh dh abis...)

blender bhn2 smpi berbuih

okey dh siap pas 2 leh la simpan dlm peti ais kt tmpt beku

yg nie zlah saja nk try cmpur nescefe

Okey dh siap... Mlm nie dh blh mkn... so pas nie xyah dh nk beli ais krim
1 lg zlah beli susu kt tesco yg stok akhir, so jimat la ckit kos.. zlah beli smlm, smlm gak zlah bt ais krim... nk mkn bila2 pon buleh...








Friday, July 22, 2011

Lama xupdate kn..

Assalamulaikum...
Dh lama xisi entry dlm blog niee...
sbnrnya ada mcm2 pekara nk syer tp masa xmengizinkn...
Nnt lh br update lain... Sekian.. (**,)

Sunday, April 10, 2011

kuIH sEraBai

raSa2nya dh lama xupdate blog nie.. smpt kwn pun tegoq.. sory la na bz ckit.. hehehe
hr nie pas abis bt serabai terigt lak nk update.. so hr nie nk tunjuk la serabai yg aku bt.. gmbr niedh lama. gMbr nie maSa ada org oDer hr 2..


kt bwh nie step2 nk bt kueh seRabai..


tepung yg dh di adun

minyak utk boh kt dlm acuan..

sapu minyak kt acuan xmau bg melekat

dr bekas besaq boh dlm bekas kecik, senang ckit nk boh dln acuan nnt...

boh dlm acuan

sama gak.. boh dlm acuan

pas 2 kena tutup bg cepat ckit masak

okey dh masak

pas 2 blh la angkat..

kemudian...
.........
.......
......
.....
....
...
..
.
ta daa...

dH siap...

** mkn dgn kuah durian lg sedap.. tp klu xda durian bt kuah manis pun blh gak...
** gmbr kuah durian xdan nk snap.. sory..

so nie ja utk hr nie... nnt boh pasai benda lain lak..

Friday, April 1, 2011

ciNta


Cinta...
Banyak persoalan dan banyak jawapan
Cinta...
Banyak kesenangan dan banyak kepayahan
Cinta...
Banyak perjuangan dan banyak pengorbanan
Cinta...
Banyak seni dan banyak ilutrasi
Cinta...
Banyak yang tersurat dan tersirat
Cinta...
Banyak yang ketawa dan banyak yang menderita
Cinta...
Banyak yang percaya dan banyak yang kontra
Cinta...
Banyak yang suka dan banyak terluka
Cinta...
Banyak yang kasih dan banyak yang berduri
Cinta...
Banyak yang setia dan banyak yang tipu helah
Cinta...
Banyak yang datang dan banyak yang pergi
Cinta...Banyak yang menanti dan banyak yang berpaling
Cinta...
Banyak yang kasih dan banyak yang menyahut Illahi
Cinta...
Banyak yang sujid dan banyak yang menitiskan airmata adalah Cinta Suci kepada Illahi yang kekal abadi


Wednesday, March 2, 2011

haNdOuT leSs tHan 2 HoUr


smlm cik fuzah aka cik chef n pn.zue ajak aku keluar.. punya la lama tgg diaorg smpi smpi nk dkt magrib la... diaorg nk mintak tlg ukuq bdn utk bt bj korporat sykt diaorg. so aku pun tlg ukuq... ukuq p ukuq mai... okey dh siap... so dh ready nk keluaq... tp sblm 2 tggu dulu... pas magrib br la keluaq... dlm kol 8 br kami keluaq... nk tau kami p mn? tmpt besa la...
tesco sp selatan... mmg klu jumpa kami p kt c2.. p mkn sambil2 sembang.

Nie ada beberapa keping gmbr yg aku smpt snap utk tatapan... (wah cam bagus ja ayatkn?)

fuzah
(bt muka comel leh dak nie)

dgn cik fuzah(pn.chef)

aku Leerr....

pn.zue.
(sorry yer zue... zlah rasa gmbr nie comel la)

chess tart (my pebret)
yg nie dh di tokok oleh fuzah...

wlupun kejap jer kitaorg jumpa tp mcm2 pekara yg kami sembang...




Monday, February 28, 2011

aKtiVitI hUjuNg minGgU yG aGaK paDaT

asSalaMulaikum pemBuka Bicara.. cewah...
n3 kali nie nk cter pasal aktiviti hujung mggu yg br lepas, kiranya sab2 n ahad br nie la..
mcm besa la ku keja cuti hr sab2 n ahad (keja la sgt)
aku pun xtau apa yg jd kt aku.. nk kata silap mkn.. X, nk kata salah mkn ubat pun.. x...
ntah la mggu nie aku rajin terlebih ( hahahaha) mcm suspend jer kn?

mn xnya... start dr hr jumaat pas balik keja smpi la hr ahad(smlm) byk betoi mkn yg aku bt..
semuanya aku tgk kt laman web ( laman sesawang) mcm2 la... lupa lak nk ambik address web 2... akitviti yg nk kata rajin 2 xla sgt.. tp minta maaf la sgt2 aku xambik pun gmbr ape yg aku bt... antara aktiviti yg aku bt semuanya ofcoz la kaitan pasal mknan..

jumaat:
dgn rajinnya pas balik keja aku singgah kedai biskut kt pasar tmn ria aku beli biskut merie sekati @ 600 gram. Tau dak sbb apa aku beli biskut merie? ( tentu la xtau ka? hahaha)
apa lg yg blh bt dgn biskut merie selain mkn mcm 2 ja.. bt kek batik la( ha tau xpa)
mlm 2 alu bt kek batik... pas abis bt kek batik
opss... sblm aku lupa sbnrnya pg 2 sblm aku p keja aku bgn agak awai la... sbb kt tmpt keja tiap2 hr jumaat setiap sorg bwk sejenis lauk... so hr jumaat 2 aku bwk tom yam.... so pg 2 la aku br bt...
okey berbalik pd cter asal... pas bt kek batik tggu sejuk skit aku pun simpan dlm peti sejuk.. pas 2 mak aku ajak p kenduri arwah lorong sblh.. mula2 mmg mcm maleh tp rajinkn gak lh diri p siap iron bj kurung 2.. punya la semangat nk p... mula2 maleh
( bkn bersemangat tp menghormati majlis...agak2 la nk p kenduri arwah pakai seluar or kain batik dgn t-shirt kn?)
pas balik dr kenduri 2.. tukar bj pas 2 tgk apa jd dgn kek batik yg aku bt td sblm p kenduri..
ummm... mcm lembik ja... tp xpa tggu esok bt leh mkn...
pas 2 aku pun tlg mak aku sbb esoknya (sabtu) mak aku ada 4 tempahan mknan...

tempahan 1 :pg utk hantar kt surau nasi tomato utk 100 bungkus
tempahan 2 : pg gak tp xtau utk apa pulut kuning 2kg + ayam rendang
tempahan 3 : mkn tgh hr 100 org ( sapa tah ank dia nk bertunang)
tempahan 4 : mlm utk kenduri arwah, nasi tomato utk 60 org mkn

so mak aku ada dua org pekerja je... yg lain2 ank2 mak yg tlg termasuk abah aku so dpt la incame lbh ckit.. mlm 2 tlg mak spi kol 12 lbh ja kot.. sbb xlarat..

sab2:
bgn xla awal sgt.. kol 8 dh bgn... bkn tlg apa sgt pun sbb pekerja mak aku dh bt byk benda.. mn xnya... kol 2pg mak aku dh bgn bt keja, mcm tomeh rempah n apa2 yg ptt la.. so aku tlg tgk la dulu... hahaha
pas 2 utk tempahan ke 3 br la aku tolong... tolong bt air sirap ( tolong gak 2... bkn ckit 5 tong gak la) pas 2 tlg gorang ikan dlm 100 ekoq kot n ikan kering.. pas abis semua 2 br mkn.. masa 2 pun dh kol 12 lbh kot.. terlupa pulak kt kek batik yg aku bt smlm.. bukak peti ais tgk tinggai separuh ja... kiranya sedap gak la yg aku bt noh ( puji diri sndri huhuhu)
xpa lh, bt mmg utk mkn pun sbnrnya xde la lembik pun kek batik yg aku bt...
pas magrib aku ajak kakak aku p tesco lak g beli bhn2 utk bt ais krim, kuah black paper n kentang putar..
pas balik dr tesco dgn rajinnya aku pun bt ais krim coklet..
senang ja nk bt... boh susu segar + coffe mate + gula ckit + milo pas 2 bland pas 2 boh dlm bekas pas 2 simpan dlm peti sejuk. pas 2jam keluarkan kacau2 ckit pas 2 simpan balik esok pg dh blh mkn..

Ahad:
bgn pagi2 (xda la pg sgt...) tgk ais krim yg aku bt smlm dh blh mkn ke x, wah nampak mcm sedap.. so ambik rasa ckit.. nyamm... dh confirm la sedap tgk la sapa yg bt.. hahaha.. tp manih ckit.. xpa... xpa janji blh mkn.. tp xmkn pun lg... rasa ja dulu.. agak2 la wey pg2 nk mkn ais krim. Apa2 pun sarapan la dulu.. pas sarapan dok tgk tv sat...
dlm kol 10 blh mula la aku bt sos black paper... xsangka first time bt jd kot.. cuma masin ckit ja.. xpa... lain kali kurangkn ckit stok ayam.. pas abis bt sos black paper bt kentang putar pulak... pas bt semuanya dh siap okey blh mkn... tp kentang ckit la pulak... nie bt utk test ja... mn blh bt byk2 nnt xjd sapa nk mkn?

sbnrnya aku cuba bt ja.. aku nk bt utk b'day mak n abah aku n ulang thn perkahwinang diorg yg ke - 30, 8 mac nie.. so cuba2 ja lh dulu...

pas zohor aku keluaq ngan kakak n adk aku p tempah kad kahwin dh abis tempah kami p the store nk beli t-shirt utk adk aku. pas 2 p g-mart than dlm kol 7 aku balik..
dh smpi kt rmh kakak aku lak lupa nk beli brg... pas magrib kami dua keluaq lg dlm kol 8 mcm 2 ar.. pusing abis 1 pekan sp cari brg utk kakak aku tp phm2 ja la dh mlm byk kedai yg tutup, so balik mcm 2 ja lh..
pas smpi kt rmh kakak aku kata susu ada lbh lg so bt ais krim vanila with oreo nk x? aku kata okey gak... aku igt dia yg nk bt.. balik2 aku gak yg kena bt... hampeh toi kakak aku nie... aku p bt la wlupun xlarat.. pas 2 simpan dlm peti.. xtau la apa dh jd dgn ais krim2 jd ka x. xsmpt nk tgk pg td...

so smpi kt cni ja... aku pun xtau apa yg aku merapu kt cni... tujuan utama nk bagtau sbnrnya mggu lepas aku rajin ckit... hahaha....
lain kali aku merapu lg na... daaaa
wasalam...

Friday, February 25, 2011

uLangTaHun kE-3


sEdaR xsEdaR hR nIe geNaP laH 3 tHn aKu kWn dgN eN.aZly rAzlAN
sApe azLy bIn rAzLan 2?
nIe Lh oRgnYa

haNdsOme dak?

sbnrnya xkisah pun handsome ke x? janji sedap mata memandang n aku selesa dgn dia Alhamdulillah dh cukup bersyukur..
aku bknyanya xnk tunjuk or bgtau ape2 ker kt org... selagi aku blm sah jd milik dia biarlh aku n family aku ja yg tau sapa dia.. opss... lupe nk bgtau sbnrnya kitaorg dh bertunang 9/10/10..
saja xnk heboh2 kn.. iNsyaAllah pertghan bln 6 nie kami akan disatukn sbgi pasangan suami isteri yg sah... Aminn.. ( tlg doa2kn lh yer)

spnjg 3 thn aku berkwn dgn dia mmg dia byk bersabar dgn sikap n perangai aku..
phm2 je lh aku mcm mn kn... p'puan besa la...
tp bila dikenangkn balik 3 thn lepas mcm lawak jer... sbb aku sbnrnya xexpet pun yg jodoh aku dgn dia.. aku nie mn la ada pengalaman bercinta.. kwn dgn ramai lelaki 2 ada la.. tp kwn masa bljq la pun pas abis bljq langsung xpernah contact pun.. so kiranya nie first love aku la (insyaAllah smpi ke akhir hayat)

Alhamhulillah sepnjg aku berkwn dgn dia family aku n family dia merestui hubungan kami restu ibubapa 2 yg penting
(klu xrestu mesti aku xkwn.. bertunang n akn berkhwn dgn diakn... betoi dak?)

klu aku nk cerita byk lg... gila xbyk... bkn smggu dua aku kwn dgn dia.. 3 thn tuu... so, dipendekkn cerita ( mesti la pendek klu pnjg mesti la byk lg yg aku kena cter.. haahaa)

niE ada la siKit xByk gmbr yG akU amBik dgn oRg yG aKu sYg..

Italic

okey dah... setakat nie ja... nnt klu rajin aku cter lain... klu nk cter smpi bila pun xabis..
see u next time... next day n next n3.. daaa...
...Assalamulaikum...

piNjaMan


hR niE tah napE tiBa2 ja depa yg keJa kt cNi dok seBok cheCk pasal piNjaMan maSa bLjQ...
cOnfIrm keBykaN yG blJq bt piNjaMan kt PtPtN kn... so paKat dOk cHeck la kOt naMa dh seNaraI HiTam kN.. aKu pUn tRy la cHeck wLupUn aku dH TaU aPa yG aKn kelUaQ nnt.. hahaha
nIe reSulT yG akU checQ kt wEb pTpTn

nIe hAsiL dR seMakaN nUm i/C aKu

hahaha... alHamDuliLLah.. sElaMat...
SbNrnYa nUm i/C aku xdA pUn dLm sIsTem pTpTn 2...
xcAya tGk niE..


beToikN?
sBnRnYa akU pUn xfHm mcm Mn.. dh sThN aKu aBis bLjQ
jGn nNt dPt sUraT aMaRan dH la..


Tuesday, February 22, 2011

10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat

Kadang-kadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai antara kita terperangkat dalam ‘kepompong’ diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tidak ternampak oleh kita, namun di nampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru, atau pun sahabat kita.

Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.

2. Kunci kemenangan adalah sabar.

3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.

4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.

5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.

6. Kunci maksiat adalah kesombongan.

7. Kunci solat adalah taharah.

8. Kunci ibadah haji adalah ihram.

9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.

10. Kunci syurga adalah tauhid.

60 Petua Mendapatkan Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Petua nie aku ambik kt mn tah dh lupe... tp petua nie disediakn Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Friday, January 28, 2011

Thursday, January 27, 2011

sEgenGgam rInDu Di kOlaM rAsa

Diamku...
tidak bisa mencarikan segenggam rindu
yang bertasik dikolam rasa
semakim membisu malam itu
hanya mengumpul rintihan sendu
melaung atma di racun pilu

Begitu ku simpan lafaz cinta di dalam kata-kata
di antara kemelut rasa
kasih ingin bersatu sayang
dan ketika aku mula menepuk tilam
mata enggan menyusur lena
barangkali kau juga masih celik
menghitung lamunan pada lelangit kamar
atau melakar bayang di benak

Malam terlalu singkat terasa
fajar yang cuba menayang layar
mahu ku bungkus dengan selimut rindu
agar hari sentiasa gelita
tiada mahu diusung subuh

Aku hanya merasakan
tanpa mampu berkata walau sepatah cuma
bicara yang sering menyegarkan rerumput rindu
suara yang menyemarakkan impian
lenyap dicelah kabus
pabila kau tinggalkan aku
membelai rindu semalaman...

Wednesday, January 26, 2011

KAJIAN SIFAT MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL

sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN

berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai idea @mood idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati pemerhatian yg tajam suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawam lama suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet minta disayangi mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja.

OGOS

suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikirfikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis, hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih, penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur,sangat cermat,teliti & teratur suka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baik otak bijak & mudah belajar suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia suka sukan, hiburan & melancong kurang menunjukan perasaannya terluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yg luas bersistematik

OKTOBER

suka sembang suka org yg sayang padan yg suka ambil jln tengah sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-pura mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama cepat marah, macam pentingkan diri sendiri tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik suka berangan & pandai bercakap emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotic Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...