Diamku...
tidak bisa mencarikan segenggam rindu
yang bertasik dikolam rasa
semakim membisu malam itu
hanya mengumpul rintihan sendu
melaung atma di racun pilu
Begitu ku simpan lafaz cinta di dalam kata-kata
di antara kemelut rasa
kasih ingin bersatu sayang
dan ketika aku mula menepuk tilam
mata enggan menyusur lena
barangkali kau juga masih celik
menghitung lamunan pada lelangit kamar
atau melakar bayang di benak
Malam terlalu singkat terasa
fajar yang cuba menayang layar
mahu ku bungkus dengan selimut rindu
agar hari sentiasa gelita
tiada mahu diusung subuh
Aku hanya merasakan
tanpa mampu berkata walau sepatah cuma
bicara yang sering menyegarkan rerumput rindu
suara yang menyemarakkan impian
lenyap dicelah kabus
pabila kau tinggalkan aku
membelai rindu semalaman...
No comments:
Post a Comment