Assalamulaikum...
dh lama xupdate blog nie kn.. sory la lately nie sibok dgn keja...
Al maklum la kena handel projek besar...
okey smlm aku dok usha2 blog org lain pas 2 ternampak resepi nie mudah n senang...
2 bg aku la.. klu org lain rasa ssh ada aku kisah.. hehehe gurau ja..
okey xyah byk taip nie aku nk bg resepi kuih yg aku bt smlm..
Bahan-Bahan
5 keping Roti Gardenia
2 biji Telur
2 sudu besar Susu Pekat
4 sudu besar Gula
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 sudu besar Butter
Air suam secukupnya
Cara masak
Bekas A -
Potong roti jadik kecik-kecik(xnk potong carik2 pon boleh) & rendam seketika dlm air suam. Air suam tu tuang agak2 roti tenggelam ckit ja jgn banyak sangat.
Bekas B
Pukul telur dgn gula serta esen Vanilla sampai rata. Bila dah gebu ckit masukkan pulak susu pekat. Then pukul lagi laju-laju.
Bila dah sebati masukkan bahan dalam bekas B ke dlm bekas A dan kacau bagi rata.
Dalam masa yg sama panaskan periuk pengukus.
Sapukan butter pd loyang. Then tuang bancuhan tadi dlm loyang.
Kukus puding selama 30 - 45 minit.
Selepas masak tunggu sejuk sebelum d hidangkan.

...Hasil Setelah Siap...